Program Maxis eKelas Penggal ke-3
7 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 6 Julai yang lalu telah bermula Program Maxis eKelas bagi penggal ke-3 tahun 2018. Program kelas tambahan secara percuma ini telah dijalankan di Pusat Internet PPR Kg Muhibbah sejak dari awal tahun 2017 yang lalu. Program menyediakan kelas tambahan secara percuma kepada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 bagi tiga subjek iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Program ini dijalankan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sebanyak 9 jam bagi dua hari tersebut. Pembelajaran secara digital seperti ini juga mendekatkan guru bersama pelajar walaupun guru mengajar secara alam maya. Program ini telah mendapat sambutan dari pelajar sekitar PPR Kg Muhibbah dan sedikit sebanyak telah dapat meningkatkan gred subjek bagi pelajar-pelajar berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: